雪州 雙威 Sunway, PJ, Selangor
讓小姐們穿好衣服才拍啦!!!
才開張5天就被掃上車,外交不夠力啦!!!
10名暹妹和1名印尼妹共11名外籍靚女被捉上車!!!
1個小時RM230,半夜12點到凌晨6點RM950!!!
每位外籍靚女1天可賺取R5600~RM600!!!
D7 Gempur Hotel Bajet Dalam Ops Noda
[ JENAYAH MINGGU INI ]
Satu sindiket pelacuran yang baharu lima hari beroperasi di hotel bajet berhampiran Sunway Mentari, digempur polis menerusi Ops Noda.
Dalam serbuan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu, seramai 11 wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat seks ditahan.
Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin, berkata dalam serbuan pada jam 9.30 malam itu, polis turut menahan empat pelanggan terdiri daripada lelaki tempatan.
Sindiket ini dikesan baharu lima hari beroperasi dan urusan mengaturkan pelanggan ke hotel itu diuruskan oleh seorang lelaki berperanan sebagai ejen yang kini kita sedang dikenal pasti identitinya.
Siasatan mendapati kegiatan tidak bermoral ini diiklankan menerusi media sosial serta laman web dan pelanggan yang berminat perlu berhubung dengan ejen itu menerusi aplikasi WhatsApp, katanya kepada pemberita.
Jelasnya, pelanggan dikenakan bayaran antara RM230 sehingga RM950 bergantung kepada tempoh masa khidmat seks yang diberikan.
“Pelanggan dikenakan bayaran RM230 sejam, manakala pelanggan yang mahu khidmat seks semalaman daripada jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi, dikenakan bayaran RM950.
Sebahagian wanita warga asing yang ditahan ketika OPS Noda oleh Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. “Semua pekerja seks berkenaan ditempatkan di bilik yang terletak di tingkat tiga hotel bajet dan pelanggan akan diberikan nombor bilik oleh ejen berkenaan,”katanya lagi.
Katanya, tangkapan terdiri daripada 10 wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia berusia antara 22 sehingga 30 tahun.
“Semakan mendapati semua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan dan visa lawatan yang sah ke negara ini. “
Kita sedang berusaha mengesan dalang utama sindiket ini dan semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,
” kata beliau. Mohd Khaizam berkata, empat pelanggan yang ditahan turut dibawa ke IPD sama untuk membantu siasatan. Difahamkan, setiap wanita itu mampu menjana pendapatan antara RM500 sehingga RM600 sehari bergantung kepada jumlah pelanggan.