CELUPAR.COM: Beberapa hari lepas viral satu video yang menayangkan aksi dua pasangan di barat sedang beraksi mengadakan hubungan kelamin di dalam sebuah pesawat. Keduanya tidak segan silu untuk melakukannya walaupun bukan berada di tempat yang lebih privasi.
.
Tetapi tahukah anda sebenarnya kedua pasangan itu sebenarnya saling tidak mengenali dan lebih teruk lagi lelaki terbabit mempunyai tunang yang sedang sarat mengandung 6 bulan sedang menantinya di rumah.
Lelaki tersebut dikenali sebagai Shaun Edmonson, 31 berasal dari Cumpia manakala tunangnya yang berada di rumah bernama Jenna Ross berusia 25 tahun.
Menurut maklumat yang dilansir dari Metro Co Uk, insiden bermula di dalam sebuah pesawat Ryanair yang terbang dari Manchester menuju ke Ibiza.
Seorang netizen bernama Kieran Williams, dari Preston, Lancashire berkata sememangnya dia telah mendengar perbualan mereka berkenaan aksi mereka seterusnya nanti tetapi Kieran menyangka ia cuma gurauan sahaja.
Secara tiba-tiba Shaun menjerit sambil berkata “Anyone have jelly?” yang bermaksud “ada sesiapa yang mempunyai kondom?”
Kesemua penumpang yang mendengar jeritan meminta kondom itu ketawa kerana menyangka ia cuma gurauan tetapi apa yang mengejutkan setelah 10 minit berlalu, mereka benar-benar melakukannya.
.
Pada mulanya Kieran menyangka ia cuma aksi perempuan itu duduk di atas Shaun tetapi lama kelamaan, dia membuka seluarnya dan memasukkannya dan terus menunggangi Shaun.
Malu dengan aksi itu, Kieran lantas mengalihkan rakamannya kerana ia sememangnya sedang terjadi.
Dengan kejadian itu, pihak Ryanair akhirnya membuat kenyataan bahawasanya mereka akan mengambil tindakan terhadap penumpang yang tidak berkelakuan sopan ataupun mendatangkan ketidakselesaan kepada penumpang lain.