KENINGAU: Seorang wanita bertindak nekad turun dari sebuah teksi yang sedang bergerak selepas mendapati pemandu teksi berkenaan ‘menyimpang’ dari jalan yang biasa digunakan untuk balik ke rumahnya dalam satu kejadian pada sabtu petang dekat jalan Kota Ayangan di sini.
Wanita bersama seorang anaknya yang masih kecil itu mendakwa pemandu teksi berkenaan membawanya ke satu jalan sunyi. Menyedari seperti ada yang tidak kena, dia meminta pemandu berkenaan untuk menurunkannya di tepi jalan namun pemandu itu tidak mengendahkannya dan terus memandu ke kawasan semak berhampiran.
Disebabkan takut, wanita berkenaan nekad turun dari teksi yang sedang berjalan dengan anak yang didukungnya.
Selepas turun dari teksi berkenaan, dia cuba mendapatkan bantuan daripada kereta yang melalui kawasan itu.
Pada mulanya beberapa kereta yang ditahannya enggan berhenti sehinggalah ada orang yang baik hati berhenti dan mahu menumpangkannya.
Difahamkan Wanita berkenaan dari Pekan Keningau telah menaiki teksi dekat Pasaraya Servay untuk balik ke rumahnya.